Monday, August 17, 2009

CARA UNTUK MENCIPTA KUMPULAN YAHOO! (YAHOO! GROUPS)


Langkah Pertama:
  • Buka laman web Yahoo! & klik pada "GROUPS" di sebelah kiri Yahoo! Home.


Langkah Ke-2 :
  • Klik pada "START YOUR GROUP TODAY".

Langkah Ke-3 :
  • Masukkan alamat e-mail dan password anda. Kemudian klik pada "SIGN IN".

Langkah ke-4 :
  • Pilih kategori kumpulan. Contoh : "SCHOOLS AND EDUCATION".


Langkah ke-5 :
  • Pilih kategori kumpulan yang terdapat dalam "SCHOOLS AND EDUCATION" tadi. Contoh : "CLASSMATE".

Langkah ke-6 :
  • Klik pada "PLACE MY GROUP HERE".


Langkah ke-7
: Masukkan
  1. Nama bagi kumpulan anda. Nama ini akan muncul pada halaman kumpulan anda dan dalam keputusan pencarian.
  2. Alamat e-mail untuk kumpulan anda. Ini merupakan alamat e-mail bagi kumpulan anda. Bila anda menghantar satu pesanan untuk alamat ini, semua anggota kumpulan akan menerima pesanan tersebut.
  3. Maklumat lanjut tentang kumpulan anda. Ianya akan muncul di bahagian atas halaman kumpulan anda. Kemudian tekan butang "CONTINUE" untuk langkah seterusnya.



Langkah ke-8 : Pengesahan Perkataan
  • Salin semula teks yang sedia ada ke dalam kotak yang telah disediakan di sebelahnya. Ianya bertujuan membantu Yahoo! menghalang pendaftaran secara automatik.

Langkah Ke-9 :
  • Anda telah berjaya mendaftarkan kumpulan Yahoo! anda. Untuk mengakseskan kumpulan Yahoo! ini, anda perlu menjemput rakan-rakan anda untuk menyertai kumpulan ini.
  • Untuk menjemput rakan anda, klik pada "INVITE PEOPLE TO JOIN" untuk langkah seterusnya.

Langkah Ke-10 :
  • Masukkan alamat e-mail rakan anda untuk menjemput mereka.
  • Perlu diingatkan, anda hanya boleh menulis satu alamat e-mail sahaja pada setiap baris.
  • Klik pada "SUBMIT INVITE".


Langkah Ke-11 : Menyemak Jemputan
  • Anda boleh menyemak kembali jemputan kumpulan anda.
  • Sekiranya anda berpuas hati, klik pada "INVITE PEOPLE".
  • Tetapi, jika anda ingin menambah atau menukar e-mail tersebut, klik pada "EDIT" dan mengemaskininya semula.


Langkah Ke-12 :

  • Setelah selesai menjemput rakan-rakan untuk menyertai kumpulan Yahoo! ini, anda perlu menunggu pengesahan penerimaan penerimaan dari mereka.
  • Anda boleh lihat siapa dari kalangan rakan anda yang menerima jemputan anda untuk menjadi ahli Yahoo! Groups anda. Untuk memeriksanya, anda klik pada "GO TO GROUP".

Langkah Ke-13 :
  • Klik pada "NEW MEMBERS" untuk melihat siapa yang telah menjadi ahli kumpulan anda.

  • Inilah antara ahli kumpulan Yahoo! anda....




SELAMAT MENCUBA...

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di :

amad_ukm@yahoo.com.my